Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ishiba (kiri) bersama Anwar di Putrajaya sempena lawatan rasmi dua hari ke Malaysia. Foto, Amiruddin (TVS).

Malaysia sokong Jepun pengerusi CEAPAD untuk pembangunan semula Palestin

ByAmirah Shawel

PUTRAJAYA, 10 Jan: Malaysia menyokong usaha Jepun untuk mempengerusikan bersama persidangan mengenai kerjasama antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD) pada Julai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata persidangan itu akan membincangkan isu pembangunan semula Palestin yang mengalami kemusnahan teruk ekoran serangan tentera Israel sejak Oktober 2023.

“Dalam isu serantau, kami bersetuju untuk menyokong inisiatif Jepun untuk bersama-sama mempengerusikan mesyuarat menteri pada Julai, (yang mana ia) sebuah persidangan kerjasama antara negara-negara Asia Timur untuk pembangunan Palestin,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bersama Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba di Kompleks Perdana Putra di sini, sempena lawatan pertama pemimpin itu ke Malaysia, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata inisiatif kerajaan Jepun itu adalah amat bermakna buat Malaysia dan negara-negara terlibat serta umat Islam di seluruh dunia.

Sementara itu, mengenai situasi di Gaza, Ishiba menjelaskan kerajaan Jepun akan memberikan kerjasama dalam memastikan keamanan dan kestabilan serantau.

“Ini termasuk memanfaatkan pengetahuan Asia Timur ke arah kemerdekaan ekonomi di wilayah tersebut,” katanya.

Beliau berkata Malaysia memainkan peranan penting sebagai jambatan penghubung di antara negara-negara Asia Tenggara dengan Timur Tengah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan