Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menahan tiga lelaki warga tempatan kerana disyaki mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM). Foto Envato

Lelaki punyai 19 rekod lampau ditahan, rampas dadah lebih RM11,000

ByBernama

BALIK PULAU, 10 Jan: Seorang lelaki yang mempunyai 19 rekod lampau ditahan dan dadah bernilai RM11,272 dirampas dalam serbuan di Jalan Batu Maung, Bayan Lepas di sini pada Khamis.

Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Barat Daya memaklumkan suspek berusia 50 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJD) yang menjalankan operasi hasil maklumat dan risikan.

“Hasil pemeriksaan, pihak polis berjaya merampas 200.1 gram heroin dan 57.0 gram syabu yang disembunyikan dalam bungkusan plastik dengan nilai keseluruhan sebanyak RM11,272,” mengikut hantaran di Facebook malam ini.

IPD Daerah Barat Daya memaklumkan semakan rekod mendapati suspek mempunyai 11 rekod lampau berkaitan jenayah dan lapan rekod kesalahan narkotik, manakala ujian air kencing turut mendapati positif dadah.

Suspek kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam satu lagi kes berasingan, dua lelaki berusia 32 dan 55 tahun yang disyaki terlibat dengan kes pecah rumah di Taman Sungai Rusa pada 5 Jan lepas berjaya ditahan semalam dan turut dirampas telefon bimbit, jam tangan serta wang tunai RM500.

Berdasarkan siasatan awal, kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam kejadian berkenaan dan mereka telah ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan