Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba diberikan sambutan negara sempena lawatan rasminya ke Malaysia hari ini. Foto, Amirudin (TVS)

Jepun pilih Sarawak jayakan sektor tenaga baharu

ByAmirah Shawel

PUTRAJAYA, 10 Jan: Jepun memilih Sarawak sebagai rakan kerjasama bagi menjayakan usaha penyahkarbonan dan memperkukuh keselamatan tenaga negara tersebut.

Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba berkata antara sektor yang ingin direalisasikan dengan Sarawak ialah penghasilan ammonia dan penjanaan tenaga untuk menggerakkan turbin gas.

“Kerajaan Jepun ingin meneruskan kerjasama ini dalam sektor ammonia dan penjanaan elektrik untuk menggerakkan gas turbin, penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS), hidrogen dan minyak dan gas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Mesyuarat Bilateral Malaysia-Jepun di Kompleks Perdana Putra di sini, hari ini.

Turut hadir, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin.

Ishiba kini dalam lawatan rasmi selama dua hari ke Malaysia yang bermula semalam.

Tambah Ishiba, pembangunan sektor-sektor yang mendapat tumpuan Jepun itu dapat dilaksanakan hanya menerusi kerjasama dengan Sarawak.

Abang Johari sebelum ini dilaporkan. berkata Sarawak akan membekalkan hidrogen bersih dalam bentuk ‘methylcyclohexane’ (MCH) ke Jepun bagi kegunaan industri di negara berkenaan.

Jelas beliau usaha itu akan dilaksanakan menerusi projek Hornbill dengan kerjasama ENEOS Corporation (ENEOS). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan