Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris berucap sementara Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mendengar mengenai kebakaran di Los Angeles dalam Bilik Roosevelt di Rumah Putih, Washington, DC. Foto AFP

Harris batalkan lawatan ke Singapura, Bahrain, Jerman akibat kebakaran hutan di Los Angeles

ByBernama

Moscow, 10 Jan: Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris memutuskan untuk membatalkan lawatannya ke Singapura, Bahrain dan Jerman berikutan kebakaran hutan di Los Angeles dan kawasan sekitarnya, menurut kenyataan Rumah Putih yang dipetik Sputnik/RIA Novosti.

“Sebagai tindak balas terhadap kebakaran hutan di Los Angeles, Naib Presiden membuat keputusan untuk membatalkan lawatan beliau bersama suaminya ke Singapura, Bahrain dan Jerman.

“Beliau akan kekal di Amerika Syarikat untuk menyokong tindak balas persekutuan di California,” kata Setiausaha Akhbar Ernesto Apreza.

Beberapa kebakaran hutan dilaporkan berlaku di dan sekitar Los Angeles di California sejak Selasa, mengakibatkan sekurang-kurangnya lima kematian dan memaksa puluhan ribu penduduk berpindah.

Syarikat media AccuWeather menganggarkan kerosakan dan kerugian akibat kebakaran hutan di California berjumlah antara US$52 bilion hingga US$57 bilion. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan