Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Aksi pemain beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei ketika menentang pemain dari Taiwan, Ming Che Lu dan En-Tzu Hung pada Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia di Axiata Arena Bukit Jalil hari ini. Foto Bernama

Tang Jie-Ee Wei ke suku akhir Terbuka Malaysia 2025

ByBernama

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Pilihan ketiga kejohanan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hanya memerlukan 30 minit untuk mengesahkan tempat di suku akhir kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2025 berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini hari ini.

Pasangan beregu campuran negara itu mudah menyingkirkan gandingan Taiwan, Hung En Tzu-Lu Ming Che 21-8, 21-14 pada perlawanan pusingan kedua untuk menempah pertemuan dengan Hiroki Midorikawa-Natsu Saito dari Jepun, esok.

“Untuk pemain, kita tidak suka kalah dan ia sama seperti kami. Cuma, kita jangan fikir dulu untuk perlawanan esok.

“Sekarang cuma mahu rehat dan lalui proses pemulihan dengan baik supaya dapat bagi prestasi yang baik kelak,” katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Ee Wei tekad mahu berikan yang terbaik dalam usaha memperoleh kemenangan keempat menentang Midorikawa-Saito.

Pencapaian terbaik gandingan kelima dunia itu ialah pada edisi 2023 apabila mara ke suku akhir, namun tersingkir selepas tewas kepada pasangan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai, 21-19. 21-9.

Terdahulu, pasangan bukan pilihan Midorikawa-Saito mengejutkan pilihan kelima dari Indonesia Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja 21-17, 21-17. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan