Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis Nasional Kemboja pada Rabu mengesahkan bahawa seorang suspek yang menembak mati bekas ahli parlimen pembangkang Kemboja di Bangkok, Thailand, pada Selasa, ditahan di wilayah Battambang, barat laut Kemboja. Foto hiasan Envato

Suspek bunuh bekas ahli parlimen Kemboja di Bangkok, ditahan di Kemboja

ByBernama

PHNOM PENH, 9 Jan: Polis Nasional Kemboja pada Rabu mengesahkan bahawa seorang suspek yang menembak mati bekas ahli parlimen pembangkang Kemboja di Bangkok, Thailand, pada Selasa, ditahan di wilayah Battambang, barat laut Kemboja, lapor Xinhua.

“Berpandukan permintaan kerjasama dan maklumat yang diberikan oleh Polis Diraja Thailand, Polis Nasional Kemboja telah menjalankan pencarian yang teliti, dan pada 1.50 tengah hari, 8 Jan 2025, Polis Provinsi Battambang menemukan dan menahan suspek,” menurut Polis Nasional dalam satu kenyataan akhbar.

“Suspek akan dihantar semula ke Thailand atas permintaan Polis Diraja Thailand mengikut undang-undang selepas prosedur Polis Nasional Kemboja diselesaikan,” menurut kenyataan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan