Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis Penyelidikan dan Pembangunan Sarawak (SRDC) memperhebatkan usaha dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) melalui tiga projek utama.

SRDC perhebat usaha R&D menerusi tiga projek

ByConnie Grace

KUCHING, 9 Jan: Majlis Penyelidikan dan Pembangunan Sarawak (SRDC) memperhebatkan usaha dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) melalui tiga projek utama.

Pengurus besarnya, Dr Peter Morin Nissom berkata, projek tersebut termasuk Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak (Sarawak Infectious Disease Center), Pusat Sains Sarawak (Sarawak Science Center) dan Sarawak Micro Semiconductor Design (SMD).

“Fungsi utama kami adalah untuk memantau dan memberi arah tuju dalam R&D terutamanya dalam bidang sains dan teknologi,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Khamis.

Selain itu menurutnya, Tun Wan Junaidi turut menyokong usaha tersebut dan berkongsi pengalaman beliau semasa bertugas sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Peter berkata, projek tersebut penting untuk memastikan ketahanan dan pembangunan ekonomi Sarawak melalui inovasi sains.

Beliau berharap langkah tersebut dapat memberikan impak besar kepada pembangunan wilayah ini dan memperkukuh kedudukan Sarawak dalam bidang teknologi serta inovasi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan