Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak Energy melalui cabang runcit dan operasinya, Syarikat SESCO Berhad (SESCO) akan menaik taraf sistem pengebilan pelanggan. Sarawak Energy (FB)

Sistem pengebilan SESCO dinaik taraf

ByConnie Grace

KUCHING, 9 Jan: Sarawak Energy melalui cabang runcit dan operasinya, Syarikat SESCO Berhad (SESCO) akan menaik taraf sistem pengebilan pelanggan dalam usaha berterusan untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan memberikan pengalaman pelanggan yang lebih baik.

SEB dalam kenyataan media pada Khamis berkata, bagi melaksanakan peningkatan itu gangguan sementara perkhidmatan akan berlaku dari 16 hingga 19 Januari 2025.

“Sepanjang tempoh ini, perkhidmatan berikut tidak akan tersedia seperti, Perkhidmatan Berkaitan Bil: Pembayaran, pertanyaan, pelarasan, dan transaksi kaunter termasuk penukaran nama, akaun baru, penamatan, Autopay, dan langganan e-Bill.

“Perkhidmatan Berkaitan Meter: Pemasangan, pemutusan, dan penggantian meter.Perkhidmatan SEB Cares Dalam Talian: Pendaftaran akaun, paparan bil, permohonan dalam talian, dan langganan.

Selain itu katanya, pelanggan digalakkan untuk menyelesaikan pembayaran dan permintaan perkhidmatan sebelum 15 Januari 2025 bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

“Pembayaran masih boleh dibuat melalui saluran pihak ketiga yang sah, seperti yang disenaraikan di laman web rasmi Sarawak Energy: https://www.sarawakenergy.com/customers/pay-your-bills.” jelas SEB.

Pelanggan diingatkan untuk mengelak menggunakan platform pihak ketiga yang tidak sah bagi memastikan keselamatan akaun dan pembayaran.

Menurut SEB, walaupun perkhidmatan tersebut dihentikan buat sementara waktu, Pusat Khidmat Pelanggan Sarawak Energy akan tetap beroperasi untuk memberikan sokongan teknikal dan menjawab sebarang pertanyaan pelanggan.

Sarawak Energy menghargai kesabaran dan pemahaman pelanggan dalam tempoh tersebut.

Penambahbaikan adalah langkah penting untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih cekap dan pengalaman pelanggan yang lebih lancar pada masa akan datang.

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami.
Terima kasih kerana terus menyokong Sarawak Energy. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan