Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Singapura akan mempertingkatkan pemeriksaan keselamatan di pusat pemeriksaan darat, udara dan lautnya dari 9 Jan hingga 22 Jan, menurut Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA). Foto fail AFP

Singapura pertingkat aspek keselamatan di pusat pemeriksaan mulai 9 Jan 2025

ByBernama

SINGAPURA, 9 Jan: Singapura akan mempertingkatkan pemeriksaan keselamatan di pusat pemeriksaan darat, udara dan lautnya dari 9 Jan hingga 22 Jan, menurut Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA).

ICA menyatakan bahawa pemeriksaan keselamatan untuk pengembara dan pengangkutan yang tiba akan dipertingkatkan sebagai tindak balas terhadap situasi keselamatan yang semakin tegang di rantau ini.

“Pelawat perlu menjangkakan kelewatan di pusat pemeriksaan akibat pemeriksaan keselamatan yang diperketatkan dan mengambil kira masa tambahan untuk pelepasan imigresen,” kata ICA dalam hantaran Facebook pada Khamis.

Bagaimanapun, agensi itu tidak menghuraikan butiran lanjut di sebalik langkah berkenaan.

Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris akan membuat lawatan kerja ke Singapura pada 15 Jan yang beliau dijadualkan bertemu dengan Perdana Menteri Lawrence Wong dan melawat Pangkalan Tentera Laut Changi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan