Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Save the Children Menutup Operasi di Nicaragua Akibat Cabaran Kewangan dan Tindakan Kerajaan

Save the Children International tutup operasi di Nicaragua

ByAFP

GUATEMALA, 9 Jan: Save the Children International mengumumkan penutupan operasinya di Nicaragua selepas lebih 50 tahun berkhidmat di negara tersebut dengan kekangan kewangan sebagai faktor utama.

Memetik sumber dari AFP, langkah tersebut berlaku di tengah tindakan keras pemerintah Nicaragua terhadap NGO, kumpulan hak asasi manusia dan entiti agama.

Organisasi amal yang berpangkalan di Britain itu berkata, keputusan untuk penutupan sukarela dibuat kerana kekurangan dana yang menyukarkan mereka untuk menjalankan program secara mampan dan berkesan terutama dalam bidang pendidikan dan kesihatan.

Pengumuman penutupan turut disahkan oleh pihak berkuasa Nicaragua yang menyatakan Save the Children adalah salah satu daripada beberapa organisasi yang memohon pembubaran sendiri.

Penutupan NGO menjadi fenomena yang meluas di Nicaragua sejak tindakan keras kerajaan bermula pada 2018.

Lebih daripada 5,000 organisasi bukan berasaskan keuntungan dihentikan operasinya sejak protes anti kerajaan yang dituduh oleh Presiden Daniel Ortega sebagai rampasan kuasa yang disokong oleh AS.

Ortega, bekas pemimpin gerila yang menggulingkan rejim diktator pada 1979 kini dilihat semakin autoritarian sejak kembali berkuasa pada 2007.

Bersama isterinya, Rosario Murillo, yang juga Naib Presiden, mereka telah menyasarkan NGO dan Gereja Katolik atas dakwaan menyokong gerakan protes terhadap pemerintah.

Selain Save the Children, Ortega juga mengusir tiga uskup dan menutup cabang organisasi tersebut dari Kanada pada 2024. Sejak Februari 2023, lebih daripada 450 individu, termasuk ahli politik, wartawan dan aktivis hak asasi manusia diusir keluar dari Nicaragua dan dilucutkan kewarganegaraan atas tuduhan pengkhianatan.

Save the Children berkata mereka tetap komited untuk misi mereka di negara lain meskipun cabaran di Nicaragua memaksa mereka menghentikan operasi di sana.

Langkah tersebut mencerminkan bagaimana cabaran kewangan dan ketidakstabilan politik dapat memberi kesan mendalam terhadap usaha kemanusiaan global.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan