Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang bercakap kepada pemberita di UiTM Cawangan Samarahan. Foto Jazni Hanif (TVS)

Sarawak giat basmi kemiskinan melalui inisiatif Kesejahteraan Rakyat Madani

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KOTA SAMARAHAN, 9 JAN: Sarawak mempergiatkan program pembasmian kemiskinan dengan melaksanakanĀ pelbagai inisiatif di bawah Program Kesejahteraan Rakyat Madani.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang, menegaskan bahawa usaha ini adalah komitmen kerajaan dalam memastikan rakyat menikmati kehidupan yang lebih baik.

Menurut beliau, salah satu program utama ialah Didik Kasih Madani yang kini dilaksanakan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak.

ā€œProgram ini merupakan satu inisiatif Perdana Menteri untuk membantu pembasmian kemiskinan. Ia dimulakan pada tahun 2023 dengan kerjasama rakan strategik seperti syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat besar yang turut menyumbang kepada pembangunan negara, khususnya dalam isu pembasmian kemiskinan,ā€ jelasnya ketika ditemui pemberita selepas selesai Program Didik Kasih Madani (dKasih): Bantuan Peranti MADANI (PERMAI) di UiTM Kampus Dua Cawangan Samarahan, hari ini.

Rubiah turut memaklumkan bahawa Sarawak turut memperkasakanĀ bantuan peranti kepada para pelajar menerusi program Didik Kasih Madani.

ā€œHari ini, kita menyerahkan 15 set komputer riba kepada pelajar baharu dari seluruh negeri Sarawak yang terpilih. Ini bertujuan membantu mereka dalam pembelajaran di UiTM. Program seperti ini sangat baik dan harapan saya agar ia dapat diteruskan,ā€ katanya lagi.

Beliau juga menyebut pelbagai program lain di bawah inisiatif ini, termasuk U Kasih, yang menumpukan kepada pembangunan ekonomi seperti keusahawanan dan latihan, serta I Care For You, yang memberikan bantuan kebajikan dan kesihatan dengan kerjasama rakan strategik.

ā€œKeseluruhannya, terdapat 429 program di bawah inisiatif ini di seluruh negara untuk tahun 2024.

“Di Sarawak, pelbagai program telah dan sedang dilaksanakan dengan fokus kepada data sedia ada bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan sasar,ā€ tambahnya.

Rabiah dalam pada itu menzahirkan penghargaan kepada Bank Muamalat, yang menjadi rakan strategik dalam menjayakan program Didik Kasih Madani di Sarawak.

ā€œKerjasama dengan pihak swasta dan GLC amat penting dalam memastikan kejayaan program ini. Saya berharap lebih banyak pihak akan tampil menyokong usaha kerajaan ini,ā€ katanya.

Beliau menegaskan bahawa program pembasmian kemiskinan bukan hanya tanggungjawab satu kementerian, tetapi melibatkan pelbagai agensi seperti ICU dan Kementerian Ekonomi.

Antara program lain yang menyokong usaha ini ialah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Bantuan Sara Hidup.

ā€œMelalui pelbagai inisiatif ini, kita berusaha memastikan penurunan kadar kemiskinan terus dicapai, bukan sahaja di Sarawak tetapi di seluruh negara,” tambahnya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan