Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Operasi Rapid Rail (LRT), Nor Azmi Mohd Yusof (dua, kiri) beramah mesra bersama murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dari Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn (2) ketika lawatan menaiki tren pada Majlis Pelancaran Rapid KL X Mechamato di Stesen Monorel Hang Tuah, hari ini. Foto Bernama

Rapid KL lancar tren, bas bertemakan adiwira Mechamato

ByBernama

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Rapid KL melancarkan tren dan bas bertemakan watak adiwira Malaysia, Mechamato sebagai inisiatif terbaharu untuk menarik minat generasi muda menggunakan pengangkutan awam

Ketua Pegawai Operasi Rapid Rail (LRT) Nor Azmi Mohd Yusof berkata menerusi kerjasama dengan syarikat animasi tempatan Monsta Studios Sdn Bhd (Monsta) itu, sebanyak tiga tren dan tiga bas dibalut pelekat bertemakan Mechamato.

“Pelancaran ini sebahagian daripada usaha kami untuk menjadikan pengangkutan awam lebih kreatif dan menarik kepada generasi muda,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Rapid KL x Mechamato di Stesen Monorel Hang Tuah di sini hari ini.

Selain itu, Nor Azmi mengajak orang ramai mengikuti aktiviti Ride & Catch: Robot Hunt with Mechamato bermula 7 Jan hingga 31 Mei ini seterusnya berpeluang memiliki hadiah eksklusif daripada Rapid KL x Mechamato.

“Pengguna Rapid KL yang membeli pas harian MyCity boleh mendapatkan pasport ‘stamp-rally’ khas di stesen terpilih dan dengan mengumpul sekurang-kurangnya 12 cap daripada 15 stesen, pengguna berpeluang menebus hadiah eksklusif MechaTrain,” katanya.

Ketua Pegawai Operasi Monsta Kee Yong Pin berkata pihaknya teruja untuk bekerjasama dengan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) bagi menonjolkan watak dalam filem animasi nombor satu negara di tren dan bas Rapid KL kepada masyarakat.

“Kami juga berharap kolaborasi ini dapat menggalakkan lagi penggunaan pengangkutan awam dalam kalangan masyarakat, khususnya kanak-kanak dan keluarga, serta menanam rasa bangga terhadap pencapaian karya tempatan di pentas global,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan