Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak bakal memiliki pusat sains bertaraf dunia dengan penubuhan Pusat Sains Sarawak

Pusat Sains Sarawak mercu tanda baharu teknologi

ByConnie Grace

KUCHING, 9 Jan: Sarawak bakal memiliki pusat sains bertaraf dunia dengan penubuhan Pusat Sains Sarawak yang merupakan salah satu daripada tiga inisiatif besar di bawah kendalian Majlis Penyelidikan dan Pembangunan Sarawak (SRDC).

Pengurus Besar SRDC, Dr Peter Morin Nissom berkata, pusat tersebut akan menjadi hab pembelajaran teknologi dan inovasi selain berfungsi sebagai tempat rujukan untuk pelbagai kajian saintifik.

“Anda boleh melihat bangunan ini ketika memandu keluar di sebelah Wisma Sumber Alam, ia akan menjadi mercu tanda untuk penyelidikan dan pembelajaran teknologi di Sarawak,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Khamis.

Selain itu, SRDC juga sedang menjalankan dua projek lain melibatkan Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak dan Sarawak Micro Semiconductor Design (SMD) yang akan memperkukuh infrastruktur R&D negeri ini.

Peter menjelaskan, inisiatif tersebut mencerminkan komitmen Kerajaan Sarawak untuk membangunkan wilayah ini melalui teknologi moden dan penyelidikan saintifik. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan