Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Proses pengosongan kawasan sekitar lokasi penemuan bom Perang Dunia Ke-2 yang tidak meletup berhampiran Jambatan Carola di bandar Dresden, timur Jerman dimulakan. Foto hiasan Envato

Pusat bandar Dresden dikosongkan untuk pelupusan bom Perang Dunia Ke-2

ByBernama

BERLIN, 9 Jan: Proses pengosongan kawasan sekitar lokasi penemuan bom Perang Dunia Ke-2 yang tidak meletup berhampiran Jambatan Carola di bandar Dresden, timur Jerman dimulakan, lapor agensi berita Jerman, dpa.

Siren berbunyi awal pagi Khamis. Menurut pihak berkuasa, kira-kira 10,000 orang yang terjejas kini diberi masa bermula 7 pagi hingga 9 pagi (0600-0800 GMT) untuk meninggalkan kawasan pusat bandar.

Proses pelupusan bom bermula selepas itu, menurut mereka lagi.

Pada Rabu, semasa kerja perobohan di Jambatan Carola di Dresden, sebutir bom era Perang Dunia Ke-2 milik British ditemukan.

Pihak berkuasa segera melaksanakan langkah-langkah keselamatan.

Bandar lama Dresden yang bersejarah terjejas akibat penutupan sebahagian besar kawasan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan