Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menghadiri Perasmian Forum Ekonomi Malaysia 2025 di sini, hari ini.

Persetujuan peralihan pengkelasan isi rumah akan dimuktamadkan tidak lama lagi – Rafizi

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Kerajaan akan memuktamadkan persetujuan peralihan pengkelasan isi rumah bawah 40 (B40), pertengahan 40 (M40) dan teratas 20 (T20) kepada kaedah pendapatan boleh belanja bersih tidak lama lagi.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, proses peralihan sedang dilaksanakan dalam beberapa minggu ini mengikut cadangan yang dikemukakan kementeriannya.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli

Jelas beliau, keputusan penggunaan kaedah baharu itu perlu dibuat secara rasmi kerana pengkelasan isi rumah telah digunakan sejak Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

“Apabila keputusan itu dibuat maka membolehkan langkah seterusnya iaitu mengenal pasti penerima layak untuk mendapat subsidi RON95,” katanya ketika ditemui media selepas Perasmian Forum Ekonomi Malaysia 2025 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata kementeriannya telah mengemukakan cadangan penukaran pengkelasan itu seawal 2023 berdasarkan dasar dan pandangan.

Menurutnya, kaedah pendapatan boleh belanja bersih itu membolehkan kerajaan mengenal pasti kelompok individu yang akan membentuk 85 peratus daripada isi rumah penerima.

“Kita sekarang sedang melalui proses dalaman peringkat kerajaan sebagai sebahagian daripada pelaksanaan penyasaran semula subsidi RON95,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan