Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dengan pembukaan Jambatan Muara Lassa hari ini, perkhidmatan feri di Batang Lassa akan dihentikan sepenuhnya. Foto TVS

Perkhidmatan feri Batang Lassa ditamatkan

ByAdlina Rahman

DARO, 9 Jan: Dengan pembukaan Jambatan Muara Lassa hari ini, perkhidmatan feri di Batang Lassa dihentikan sepenuhnya.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Infrastruktur) Datuk Aidel Lariwoo bagaimanapun berkata, perkhidmatan feri tersebut mungkin dipindahkan ke kawasan lain untuk memenuhi keperluan trafik.

Menurutnya, beliau turut meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) mempertimbangkan penambahan perkhidmatan feri di Batang Paloh dan Batang Igan.

“Trafik dijangka meningkat di kawasan ini apabila Jambatan Muara Lassa mula digunakan. Penambahan perkhidmatan feri di kedua-dua lokasi diharapkan dapat mengatasi lonjakan trafik sehingga jambatan lain di kawasan ini siap, dijangka pada hujung tahun ini atau awal tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis Pra Pelancaran Jambatan Muara Lassa di sini hari ini ketika mengulas mengenai operasi feri selepas siapnya jambatan tersebut.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol, Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi, Ahli Parlimen Tanjong Manis Yusuf Abdul Wahab serta Ahli Dewan Undangan Negeri Daro Safiee Ahmad.

Jambatan Muara Lassa yang dibina dengan kos pembinaan kira-kira RM600 juta dengan panjang 2.43 kilometer itu merupakan salah satu projek infrastruktur penting yang menghubungkan Pulau Bruit dengan Daro di Bahagian Mukah.

Perasmian rasmi jambatan tersebut dijadualkan berlangsung pada 22 Februari dan akan disempurnakan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan