Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pendaki yang dilaporkan hilang selama 13 hari ditemukan hidup pada Rabu semasa operasi pencarian oleh pihak berkuasa di Australia, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik ABC News. Foto AFP

Pendaki hilang di Australia ditemukan hidup selepas 13 hari

ByBernama

ISTANBUL, 9 Jan: Seorang pendaki yang dilaporkan hilang selama 13 hari ditemukan hidup pada Rabu semasa operasi pencarian oleh pihak berkuasa di Australia, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik ABC News.

Hadi Nazari, seorang pelajar universiti berusia 23 tahun yang dilaporkan hilang pada Boxing Day, ditemukan masih hidup di kawasan pergunungan yang berceranggah di New South Wales.

Menurut laporan, Nazari seorang pendaki berpengalaman, sedang mendaki bersama dua rakan di Taman Negara Kosciuszko pada 26 Dis sebelum berpisah untuk mengambil gambar.

Rakan-rakannya melaporkan kehilangan Nazari kepada pihak berkuasa pada petang itu selepas beliau tidak kembali ke tapak perkhemahan yang dijanjikan.

Polis memaklumkan yang Nazari ditemukan selepas menjerit meminta bantuan kepada pendaki lain yang kemudiannya menghubungi perkhidmatan kecemasan.

“Dia hanya mempunyai dua bar muesli dan itulah satu-satunya makanan yang dimakannya sepanjang dua minggu lalu,” menurut polis.

Ketika ditemukan, polis mengesahkan yang Nazari tidak mengalami “kecederaan yang ketara.”

Beliau dibawa ke hospital untuk rawatan dan bertemu semula dengan keluarganya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan