Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Letupan gegarkan depot peluru di Cuba, 13 anggota tentera hilang

ByBernama

MOSCOW, 9 Jan: Beberapa letupan telah memusnahkan depot senjata dan peluru di tenggara Cuba, menurut Kementerian Angkatan Bersenjata Revolusi negara pulau Caribbean itu pada Rabu. Seramai 13 anggota tentera dilaporkan hilang, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Akibat letupan di gudang senjata dan peluru di perbandaran Rafael Freyre, wilayah Holguin, anggota tentera berikut dilaporkan hilang,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan di platform X, sambil menyenaraikan nama 13 anggota yang hilang.

Kementerian Pertahanan tidak memberikan sebarang komen mengenai punca letupan atau jumlah mereka yang mungkin terkorban. Keluarga anggota yang hilang telah dihubungi. Siasatan sedang dijalankan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan