Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengawas peperiksaan mengedar kertas soalan Bahasa Melayu kepada calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada hari pertama SPM 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Undang Jelebu. Foto Bernama

KPM nafi dakwaan kebocoran kertas peperiksaan Sejarah SPM 2024

ByBernama

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati dakwaan kebocoran kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 bagi subjek Sejarah adalah tidak berasas.

Dalam kenyataan hari ini, KPM memaklumkan bahawa siasatan terperinci telah selesai dijalankan, termasuk semua sebaran dan tangkap layar berkaitan yang tular di media sosial

“Tangkap layar yang tular hanya mengandungi senarai tajuk dalam buku teks Sejarah yang dijadikan ramalan.

“Tiada sebarang soalan dalam kertas peperiksaan Sejarah Kertas 1 dan 2 SPM 2024 dipaparkan dalam mana-mana sebaran dan tangkap layar yang ditularkan.

“Justeru, dakwaan ini tidak menepati definisi kebocoran yang ditetapkan mengikut prosedur pengurusan dan pengendalian kes kebocoran kertas peperiksaan serta kawalan keselamatan Lembaga Peperiksaan, KPM,” menurut kenyataan itu.

KPM menegaskan bahawa pihaknya mengambil serius dakwaaan kebocoran kertas peperiksaan Sejarah itu dan sentiasa komited memastikan kerahsiaan kertas peperiksaan awam terpelihara, serta menjaga kepentingan dan keadilan semua calon peperiksaan SPM Tahun 2024.

KPM menasihati semua calon peperiksaan untuk kekal tenang dan fokus dalam menghadapi peperiksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan