Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KPDN, Kamalludin Ismail, minyak masak, sorok. Foto hiasan Envato

KPDN Perak sita 140 kg minyak masak bersubsidi disorok dalam stor

ByBernama

IPOH, 9 Jan: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita 140 kilogram (kg) masak peket 1 kg selepas menyerbu sebuah premis di Batu Kurau, Taiping, apabila peniaga di premis berkenaan didapati menjual minyak tersebut hanya kepada orang yang tertentu sahaja.

Pengarahnya Datuk Kamalludin Ismail berkata premis berkenaan diserbu sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa KPDN Perak Cawangan Taiping kira-kira pukul 11.50 pagi semalam, susulan maklumat dan aduan orang awam yang tidak berpuas hati dengan tindakan peniaga berkenaan.

“Berdasarkan maklumat tersebut, satu tindakan uji beli melalui Ops Samar telah dilaksanakan dan hasilnya mendapati pekerja premis memaklumkan bahawa minyak masak peket telah habis dijual,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya yang curiga dengan jawapan pekerja tersebut telah menyerbu dan membuat pemeriksaan di premis berkenaan, yang membawa kepada penemuan 140 kg minyak masak peket 1 kg disimpan di stor simpanan barang.

Kamalludin berkata semua minyak masak yang dianggarkan bernilai RM350 itu disita dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan