Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang kontraktor syarikat swasta kerugian lebih RM5.9 juta selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud melalui laman sosial Facebook. Foto hiasan Envato

Kontraktor rugi lebih RM5.9 juta diperdaya skim pelaburan tidak wujud

ByBernama

SHAH ALAM, 9 Jan: Seorang kontraktor syarikat swasta kerugian lebih RM5.9 juta selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud melalui laman sosial Facebook.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata lelaki berusia 58 tahun itu mula menyertai pelaburan berkenaan pada September lepas selepas tertarik dengan iklan pelaburan menerusi laman sosial itu.

Beliau berkata mangsa diarahkan oleh suspek untuk memuat turun satu aplikasi melalui Apple Store.

“Mangsa perlu memastikan amaun dalam akaunnya mencukupi untuk membeli unit saham yang diingini dan turut membuat transaksi mengikut arahan yang diberikan suspek.

“Mangsa telah membuat pindahan wang sebanyak RM5,900,506.48 melalui 30 transaksi ke dalam lapan akaun syarikat berbeza secara berperingkat bermula September hingga November 2024,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hussein berkata mangsa yang berasa tertipu selepas tidak menerima pulangan keuntungan yang dilaburkan kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Kajang, semalam.

Susulan itu, katanya polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau sehubungan itu menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap sebarang tawaran pelaburan menerusi media sosial yang menjanjikan pulangan tidak munasabah, khususnya melalui aplikasi kewangan atau pelaburan yang tidak diluluskan oleh Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan