Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang daripada individu yang sebelum ini dilaporkan dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) disyaki akibat pengambilan dadah selepas menghadiri konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway, Subang Jaya telah pun dirakamkan keterangan semalam.

Konsert ambang tahun baharu: Polis rakam keterangan individu dirawat di PPUM

ByBernama

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Seorang daripada individu yang sebelum ini dilaporkan dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) disyaki akibat pengambilan dadah selepas menghadiri konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway, Subang Jaya telah pun dirakamkan keterangan semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata individu berkenaan telah dibenarkan keluar dari PPUM semalam selepas lebih seminggu mendapatkan rawatan di pusat perubatan itu.

“Setakat ini seramai 50 individu berusia 20 hingga 60 tahun terdiri daripada rakan-rakan dan ahli keluarga mangsa telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes kematian empat pengunjung konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway itu pada malam 31 Dis lepas,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata pihaknya bagaimanapun masih menunggu masa sesuai untuk merakam keterangan seorang lagi individu yang sedang menerima rawatan di PPUM berkait dengan kes yang sama dan dia kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata empat individu termasuk dua wanita meninggal dunia selepas menghadiri Konsert Pinkfish di Bandar Sunway pada malam tahun baharu, disyaki akibat pengambilan dadah.

Selain itu, tiga individu yang hadir pada konsert berkenaan turut dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat simptom yang sama. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan