Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
"Ucapan takziah saya yang mendalam kepada semua yang terkesan oleh kebakaran hutan dahsyat di seluruh California Selatan. Kemusnahan yang belum pernah terjadi ini, yang telah meragut banyak nyawa, memusnahkan lebih seribu struktur, dan menyebabkan ramai kehilangan tempat tinggal, adalah tragedi yang menyentuh hati kita semua. Malaysia berdiri teguh bersama rakyat dan kerajaan Amerika Syarikat dalam menghadapi masa yang sukar ini. Doa kami bersama komuniti yang terjejas akibat krisis ini, serta pasukan kecemasan yang berjuang dengan berani memadamkan kebakaran." Foto Reutors

Kebakaran hutan Selatan California: Anwar zahir ucapan takziah

ByBernama

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan takziah buat mereka yang terjejas akibat kebakaran hutan dahsyat yang memusnahkan California Selatan di Amerika Syarikat.

Dalam catatan Facebook, Anwar menyifatkan kebakaran hutan yang meragut banyak nyawa, memusnahkan ribuan bangunan dan menjejaskan banyak keluarga, sebagai satu tragedi yang menyentuh hati seluruh masyarakat.

“Malaysia berdiri dalam solidariti bersama-sama rakyat dan kerajaan Amerika Syarikat pada masa yang sukar ini.

“Ingatan kami ialah kepada komuniti yang terjejas akibat krisis ini, serta perkhidmatan kecemasan yang dengan penuh berani berusaha melawan kebakaran itu,” kata beliau.

Terdahulu, dilaporkan kebakaran hutan yang dahsyat didorong angin ribut yang kuat dan keadaan kering, telah merebak dengan pantas di bahagian utara dan barat laut Los Angeles pada Rabu, meragut lima nyawa dan menyebabkan ribuan rumah, perniagaan dan struktur lain terbakar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan