Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong. Foto fail Bernama

ISN sentiasa komited bantu Tze Yong, termasuk aspek psikologi

ByBernama

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Pemain badminton perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong tidak hanya diberi ubat untuk menyembuhkan penyakit secara serta-merta, sebaliknya Institut Sukan Negara (ISN) juga menyediakan bantuan psikologi untuk membantunya mengatasi cabaran mental yang dihadapi.

Ketua Pegawai Eksekutif ISN Ahmad Faedzal Md Ramli berkata beliau yakin usaha itu mampu dijayakan hasil komitmen tinggi semua pihak dalam memastikan pemenang pingat perak Sukan Komanwel 2022 itu bersedia untuk kembali ke gelanggang dan bersaing di peringkat tertinggi.

“Kami memang ada penglibatan berterusan dengan Tze Yong. Semasa proses pemulihan di ISN pun, kita bukan sahaja lihat dari segi aspek pemulihan kecederaan tetapi juga bagaimana dia nak mengatasi halangan mentalnya. Atlet yang berada dalam fasa pemulihan ini, keadaan mentalnya agak rapuh.

“Saya percaya itu adalah satu proses bersama Tze Yong, dan saya percaya dalam mana-mana sukan pun atlet kena bersama-sama dengan kita dan hadapinya bersama. Cukup terbuka untuk cerita apa lagi masalah-masalah lain untuk kita bantu dia,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky berkata meskipun Tze Yong telah kembali menjalani latihan, pemain berusia 25 tahun itu masih bergelut dengan trauma akibat dua kecederaan belakang yang dialaminya.

Kecederaan Tze Yong bermula pada Terbuka Malaysia 2024 yang menyaksikan dia mengalami koyakan otot belakang diikuti kecederaan tulang belakang pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 yang memaksanya menjalani beberapa siri pembedahan.

Kecederaan itu menyebabkan Tze Yong terlepas peluang membuat penampilan sulung pada Sukan Olimpik 2024 selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan pemain berkenaan masih belum bersedia untuk meneruskan latihan dan menyertai pertandingan peringkat tinggi kerana kecederaan belakangnya berisiko bertambah buruk.

Pakar Perubatan ISN Dr Jasmiza Khuzairi Jasme turut menyifatkan kes Tze Yong sebagai satu daripada dua kes pembedahan yang jarang berlaku daripada 2,000 kes pembedahan yang dijalankan di institut berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan