Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Dua maut, seorang cedera kemalangan tiga motosikal di Tanah Merah

ByBernama

TANAH MERAH, 9 Jan: Dua maut manakala seorang cedera ringan selepas motosikal yang ditunggangi mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Batu Hitam, Kampung Batang Bergedik di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah Supt Mohd Haki Hasbullah berkata mangsa Abdul Karim Jusoh, 45 meninggal di tempat kejadian manakala Muhammad Alif Zaqhwan, 18, meninggal di Hospital Tanah Merah.

Beliau berkata dalam kejadian pada 8.30 malam itu, Muhammad Alif yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135CL dari arah Gual Ipoh hilang kawalan hingga memasuki laluan bertentangan telah bertembung dengan Abdul Karim yang menunggang motosikal Honda EX5 dari arah Kampung Peralla ke Gual Ipoh.

“Seorang lagi mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss berada di belakang Abdul Karim tidak sempat mengelak dan melanggar Muhammad Alif yang berada di atas jalan menyebabkannya terjatuh dan mengalami kecederaan ringan.

“Kedua-dua mangsa yang maut mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kepala, telah dibawa ke Hospital Tanah Merah. Mangsa yang cedera telah dibawa ke Klinik Kesihatan Gual Ipoh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Haki berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kami memohon orang ramai yang melihat kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berdekatan atau pegawai penyiasat Insp Mohd Afiq Mohd Sulaiman di talian 0133533653,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan