Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kemalangan motosikal dan lori yang meragut nyawa pembonceng dan penunggang motosikal di Kuching pada malam Rabu. Foto PDRM

Dua maut dalam kemalangan motosikal dan lori di Jalan Pelabuhan, Kuching

BySaibi Gi

KUCHING, 9 Jan: Seorang penunggang dan pembonceng motosikal maut di lokasi kejadian dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan lori di Jalan Pelabuhan di sini pada malam Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata kemalangan yang berlaku pada 11.10 malam itu melibatkan dua lelaki warga tempatan yang menunggang motosikal sebelum merempuh bahagian belakang sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan.

“Mangsa, masing-masing berumur 25 dan 18 tahun, sedang dalam perjalanan dari arah Jalan Pending menuju ke Jalan Bako ketika kejadian berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa pemandu lori, seorang lelaki tempatan, telah ditahan untuk membantu siasatan.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan pengguna jalan raya agar tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan kerana tindakan tersebut boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis menyeru orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini untuk menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Muhammad Amirul Azami Ahmad Rasol, di talian 016-8593994 atau 082-259900, ataupun melaporkan di mana-mana balai polis berhampiran.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan