Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto: Envato

Cucu Mandela ditahan berhubung kes rampas kereta, miliki senjata api

ByBernama

JOHANNESBURG, 9 Jan: Polis Afrika Selatan menahan lima individu pada Rabu, termasuk seorang dipercayai cucu bekas Presiden Nelson Mandela kerana merampas kereta dan memiliki senjata api tanpa lesen, lapor Agensi Anadolu.

Jurucakap Jabatan Polis Metro Johannesburg (JMPD) Xolani Fihla berkata polis dari unit tindak balas taktikal JMPD menerima maklumat mengenai lokasi sebuah kenderaan yang dirampas daripada syarikat penjejak kereta.

Menurut Fihla, polis kemudiannya pergi ke lokasi yang dikenal pasti sebagai kediaman bekas pemimpin ikonik itu di Houghton Estate, Johannesburg dan berjaya menemukan sebuah Toyota Corolla putih yang dilaporkan dicuri.

Beliau berkata kenderaan itu dirampas awal pagi Rabu di Louis Botha Avenue, Oaklands, Johannesburg. Empat lelaki dan seorang wanita telah ditahan di kediaman itu dan dijangka dihadapkan ke mahkamah.

“Pemeriksaan lanjut di premis itu menemukan selaras senjata api tanpa lesen. Maklumat awal menunjukkan penghuni wanita di rumah itu adalah penyewa dan mengenali keempat-empat suspek. Seorang daripada suspek lelaki itu dipercayai cucu Mandela,” kata Fihla.

Beliau turut mengesahkan mangsa kejadian rampasan kereta itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan