Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis mereman seorang lelaki tempatan selepas disyaki menyerang sehingga mendatangkan kecederaan ke atas dua pereka fesyen di sebuah hotel di Petaling Jaya malam semalam. 

Cederakan dua pereka fesyen, polis reman seorang jurugambar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Polis mereman seorang lelaki tempatan selepas disyaki menyerang sehingga mendatangkan kecederaan ke atas dua pereka fesyen di sebuah hotel di Petaling Jaya malam semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja’afar dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya menerima dua laporan berhubung kejadian berkenaan pada 11 malam semalam.

“Suspek seorang jurugambar berumur 30 tahun telah ditahan di tempat kejadian, manakala mangsa, dua lelaki tempatan berumur 53 dan 47 tahun mengalami kecederaan di pipi. Turut dirampas adalah sebuah kamera yang digunakan sebagai senjata dalam kejadian.

“Punca kejadian dipercayai disebabkan isu peribadi,” katanya.

Shahrulnizam berkata suspek direman selama dua hari bermula hari ini sehingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, media melaporkan dua pereka fesyen telah diserang oleh seorang jurugambar pada acara di sebuah hotel di Petaling Jaya malam semalam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan