Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Bayi cedera digigit: Pemilik, pembantu taska ditahan

KUCHING, 9 Jan: Polis menahan tiga wanita terdiri daripada pemilik taman asuhan kanak-kanak di bandar raya ini dan dua penjaga premis itu bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi yang cedera dipercayai digigit.

Ketua Polis Daerah Padawan Supt Mohd Irwan Hafiz berkata ketiga-tiganya kini disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 selepas penahanan dilakukan pada 7 malam tadi.

“Tangkapan dibuat susulan polis menerima laporan daripada ibu bayi terbabit pada 9.30 malam Selasa (7 Jan),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata berdasarkan laporan ibu mangsa, bayi berusia lapan bulan itu didapati mempunyai bekas gigitan pada bahagian belakang badan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan