Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sukan Musim Sejuk Asia (AWG) edisi ke-9 dijadual berlangsung bermula 7 hingga 14 Feb di Harbin, ibu kota provinsi Heilongjiang, timur laut China. Foto CGTN Malay (FB)

AWG Harbin tawar 64 pingat emas

ByBernama

BEIJING, 9 Jan: Sukan Musim Sejuk Asia (AWG) edisi ke-9 dijadual berlangsung bermula 7 hingga 14 Feb di Harbin, ibu kota provinsi Heilongjiang, timur laut China.

Ini merupakan kali kedua Harbin menjadi tuan rumah AWG selepas 1996.

Sebanyak 64 pingat emas menjadi rebutan pada AWG 2025 menerusi enam jenis sukan antaranya biathlon, kurling dan hoki ais.

China, Jepun dan Korea Selatan mengambil bahagian dalam semua acara, manakala Kemboja dan Arab Saudi buat julung kalinya menghantar atlet mereka untuk bertanding dalam temasya berprestij itu.

Lebih menarik lagi, AWG 2025 bakal menyaksikan penyertaan 16 negara dan wilayah dalam acara kurling, membaharui rekod dalam sejarah sukan musim sejuk berskala terbesar Asia itu.

Acara ski alpine pula menggamit penyertaan 25 negara dan wilayah antaranya Malaysia, Singapura dan Thailand. -TVS

Berita Berkaitan

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan