Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden Indonesia Prabowo Subianto. Foto fail Bernama

Anwar, Prabowo bincang perkukuh hubungan Malaysia-Indonesia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto mengadakan perbincangan tertutup yang memfokuskan kepada usaha mengukuhkan hubungan dua hala di ibu negara Malaysia pada Khamis.

Pertemuan itu diadakan semasa majlis makan tengah hari secara tertutup yang dihoskan oleh Anwar di Rumah Tangsi, sebagai sebahagian daripada lawatan kerja sehari Prabowo ke Malaysia.

Ini merupakan lawatan kerja pertama Prabowo ke Malaysia sejak memegang jawatan pada Oktober 2024.

“Lawatan ini mencerminkan hubungan istimewa antara Malaysia dan Republik Indonesia yang ditunjangi oleh kerjasama kukuh dalam pelbagai bidang, termasuk ekonomi, sosiobudaya, pertahanan dan keselamatan,” menurut kenyataan Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra pada Khamis.

Sebaik sahaja majlis makan tengah hari selesai, Anwar dilihat menaiki kereta bersama Prabowo, yang dijadualkan berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Turut menyertai delegasi Prabowo ialah Menteri Luar Indonesia, Sugiono.

Indonesia ialah rakan dagang ketujuh terbesar Malaysia di peringkat global dan ketiga terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN pada 2023.

Jumlah dagangan antara kedua-dua negara mencecah RM111.21 bilion (US$24.39 bilion) tahun lepas.

Bagi tempoh Januari hingga Oktober 2024, dagangan dua hala bernilai RM95.50 bilion (US$20.75 bilion), berbanding RM94.37 bilion (US$20.69 bilion) bagi tempoh yang sama pada 2023. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan