Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Forum Ekonomi Malaysia (FEM) 2025.

Abang Johari hadiri Forum Ekonomi Malaysia 2025

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Forum Ekonomi Malaysia (FEM) 2025 di sini, hari ini.

Beliau tiba di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada jam 9.10 pagi.

Forum tersebut dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari.

FEM menjadi platform utama dalam mengenal pasti hala tuju ekonomi tahun ini untuk mengesan kemajuan dasar secara terbuka dan telus bagi membuka ruang kepada dialog yang komprehensif. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan