Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Serangan di Kompleks Presiden Gagal, 19 Terbunuh

19 terbunuh dalam serangan di kompleks presiden

ByAFP

N’DJAMENA, 9 Jan: Sebuah kumpulan bersenjata melancarkan serangan mengejut ke atas kompleks presiden di ibu negara Chad, N’Djamena, pada Rabu.

Memetik sumber AFP, dalam pertempuran sengit, seramai 18 penyerang daripada kumpulan tersebut dan seorang anggota keselamatan terbunuh manakala beberapa yang lain cedera.

Pada insiden itu, bunyi tembakan mula kedengaran sekitar jam 7:45 malam waktu tempatan yang mencetuskan panik dalam kalangan penduduk.

Kenderaan awam dilihat berpusu-pusu meninggalkan pusat bandar manakala polis bersenjata dan kereta kebal mengawal kawasan sekitar kompleks presiden.

Menurut wartawan AFP di lokasi kejadian, kesemua jalan menuju ke kompleks presiden disekat dan pasukan pengawal presiden berjaya menggagalkan cubaan kumpulan bersenjata itu.

Sementara itu, Jurucakap kerajaan merangkap Menteri Luar, Abderaman Koulamallah dalam kenyataan pada Khamis mengesahkan bahawa cubaan menggugat kestabilan negara telah digagalkan sepenuhnya.

Beliau juga memaklumkan bahawa enam anggota kumpulan penyerang cedera manakala pihak keselamatan mengalami tiga kecederaan termasuk satu serius.

Serangan tersebut berlaku kurang daripada dua minggu selepas Chad mengadakan pilihan raya umum yang mencetuskan kontroversi dan dianggap sebagai langkah penting ke arah menamatkan pemerintahan tentera berdepan dakwaan penipuan dan penyertaan pengundi yang rendah.

Chad yang sering menjadi sasaran serangan kumpulan jihad Boko Haram baru-baru ini menamatkan perjanjian ketenteraan dengan bekas penjajah, Perancis dan menghadapi tuduhan mencampuri konflik di Sudan.

Negara tersebut juga sedang bergelut dengan cabaran dalaman termasuk tuduhan autokrasi terhadap kerajaan Presiden Mahamat Idriss Deby Itno.

Presiden Deby mengambil alih kuasa selepas kematian bapanya pada 2021 dan kini berusaha mengukuhkan cengkamannya dengan rombakan dalam tentera dan membina kerjasama baharu dengan Rusia dan Hungary.

Serangan terbaru itu membayangkan risiko ketidakstabilan politik dan keselamatan yang berterusan di Chad yang secara strategiknya terletak di tengah-tengah kawasan Sahel yang bergolak.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan