Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penduduk Kampung Bechah Palas Ahmad Hadzlimi Nordin (kanan) bersama ahli keluarganya selepas menerima kunjungan daripada Pengerusi Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Program Ziarah Kasih YKM hari ini. Foto Bernama

YKM peruntuk RM5 juta bantu lebih 900 anak yatim dan yatim piatu

ByBernama

PASIR MAS,  8 Jan: Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) memperuntukkan lebih RM5 juta bagi membantu 977 anak yatim dan yatim piatu daripada 368 keluarga di seluruh negara.

Pengerusi YKM Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bantuan itu diberikan kepada individu kategori kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali disebabkan COVID-19 selain tergolong dalam kategori B40.

Beliau berkata peruntukan itu oleh YKM selama setahun bagi bantuan bulanan dan secara sekali beri (one off) untuk individu yang layak.

“Daripada jumlah itu, seramai 35 keluarga melibatkan 105 individu adalah dari Kelantan. Selain bantuan bulanan RM200 hingga RM250, penerima juga layak menerima bantuan secara one off setiap kali musim perayaan dan masuk sekolah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Ziarah Kasih di Kampung Bechah Palas, Bunut Susu di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata kesemua mereka akan dibantu hingga berusia 18 tahun atau tamat ijazah sekiranya melanjutkan pengajian.

Beliau berkata peruntukan dana itu ialah bantuan daripada kerajaan selain mendapat dana sampingan bagi membantu keluarga yang terpilih.

“Saya berharap pemimpin kawasan  boleh bantu YKM kerana kita mahu mendapatkan maklumat susah, kadang-kadang mereka (keluarga memerlukan bantuan) takut mahu beri maklumat risau ‘scammer’  terutamanya apabila kita meminta nombor akaun mereka.

“YKM ditubuhkan khusus bagi menjaga anak-anak yang kematian ibu bapa atau yatim piatu. Kita akan menjaga mereka ini dari seawal usia sehingga berusia 18 tahun dan apabila mereka melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi kita akan terus memberi bantuan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan