Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain profesional wanita negara Goh Jin Wei Foto fail AFP

Wakil tunggal perseorangan wanita negara, Jin Wei, tersingkir awal

ByBernama

KUALA LUMPUR, 8 Jan: Wakil tunggal negara dalam acara perseorangan wanita, Goh Jin Wei, tersingkir seawal pusingan pertama pada kejohanan badminton Terbuka Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini hari ini.

Impian pemain profesional wanita negara berusia 24 tahun itu untuk melangkah lebih jauh dalam kejohanan berstatus Super 1000 itu tidak kesampaian apabila ditunjukkan jalan keluar oleh pemain India, Malvika Bansod.

Jin Wei, bekas juara remaja dunia dua kali dan pemain ranking ke-42 dunia, jelas tidak mampu menandingi ketangkasan Malvika sejak awal perlawanan dan akhirnya tewas 15-21, 16-21 dalam masa 45 minit.

Sebaik perlawanan tamat, Jin Wei segera mendapatkan rawatan perubatan akibat kekejangan di bahagian perutnya.

Ketika menemui wartawan selepas itu, Jin Wei mengakui kekalahan tersebut berpunca daripada kelemahan mentalnya.

“Perlawanan tadi saya tak dapat bermain dengan baik. Saya juga mengalami kekejangan tetapi itu perkara biasa bagi saya, cuma selepas perlawanan sakitnya bertambah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beregu lelaki negara, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King mengalami debut mengecewakan apabila tewas kepada pasangan Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Sung Jae, 17-21, 11-21.

Wan Arif mengakui bahawa konsistensi lawan menjadi faktor utama kekalahan mereka dalam perlawanan yang berlangsung selama 45 minit itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan