Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Rabu menyifatkan "hospital di Gaza kini menjadi perangkap maut." Foto fail AFP

UNRWA beri amaran hospital di Gaza “kini menjadi perangkap maut”

ByBernama

NEW YORK, 8 Jan: Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Rabu menyifatkan “hospital di Gaza kini menjadi perangkap maut.”

Dalam satu hantaran di X, agensi itu menjelaskan, keluarga di “Gaza terpisah, kanak-kanak terkorban akibat kesejukan dan kelaparan yang meragut nyawa,” lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

UNRWA turut menyeru agar gencatan senjata segera dilaksanakan di Semenanjung Gaza.

Kenyataan UNRWA itu dibuat ekoran pengeboman berterusan dan sasaran langsung terhadap hospital, menyaksikan tiga hospital awam di utara Gaza iaitu Hospital Kamal Adwan, Beit Hanoun dan Hospital Indonesia tidak lagi berfungsi akibat peningkatan serangan Israel.

Hanya 14 daripada 36 hospital di Gaza kini beroperasi secara separa dan menghadapi kekurangan bekalan yang kritikal, menurut Kementerian Kesihatan Palestin. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan