Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat Ketua Hakim Syarie Sarawak diketuai Datu Awang Suhailli Ledi di kediaman rasmi TYT, Kasuma Resort Petra Jaya, Kuching hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

TYT sampaikan Syarahan Negarawan pada Pembukaan Tahun Perundangan Syariah Sarawak 2025

ByFebbright James

KUCHING, 8 Jan: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar akan menyampaikan Syarahan Negarawan bersempena dengan Pembukaan Tahun Perundangan Syariah yang akan diadakan pada 21 Januari ini.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ketua Hakim Syarie, Datu Awang Suhaili Ledi selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Wan Junaidi hari ini.

Menurut beliau, syarahan yang akan disampaikan Wan Junaidi kelak akan menjadi panduan untuk pihaknya memantapkan usaha untuk memperkasa khususnya melibatkan bidang perundangan dan kehakiman.

“Antara tujuan penganjuran Pembukaan Tahun Perundangan Syariah ini adalah untuk menunjukkan komitmen pihak kami dalam mentadbir dengan penuh sistematik, berintegriti dan penuh keadilan.

“Kita berharap agar program ini menjadi satu titik tolak ke arah perkembangan yang positif dalam usaha memperkasakan Mahkamah dan perundangan Syariah terutamanya di Sarawak ini,” katanya.

Beliau turut mengingatkan semua pihak yang yang terlibat dalam perundangan dan kehakiman syariah untuk melaksanakan segala urusan dengan cekap, cepat dan berkesan terutamanya dalam era digital ini.

“Kita sentiasa berusaha meningkatkan komitmen bagi memastikan segala urusan berkaitan sama ada di peringkat mahkamah syariah iaitu hakim-hakim, peguam syarie, pendakwaan dan sebagainya untuk memastikan sistem perundangan dan kehakiman dapat dijalankan dengan penuh keadilan dan integriti,” ujarnya.

Dalam pada itu, Awang Suhaili memaklumkan Tun Wan Junaidi turut memberikan saranan kepada pihaknya agar meningkatkan kecekapan pengurusan termasuk pengambilan peguam Syarie di samping keperluan untuk meneliti undang-undang agar ianya sentiasa relevan dengan perkembangan semasa.

Setakat ini katanya, seramai lebih 100 orang peguam Syariah di seluruh Sarawak yang mendaftar sehingga Januari 2025.

Pembukaan Tahun Perundangan Syariah Sarawak 2025 akan diadakan pada 21 Januari 2025 di Dewan Majma’ Tunku Abd Halim Mu’Adzam Shah dan dihadiri oleh Tun Wan Junaidi dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.

Antara pengisian program ialah Bacaan Ayat Suci al-Quran, Syarahan Negarawan dan Pelancaran Jurnal Mahkamah Syariah Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan