Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
.Foto, AFP.

SKMM teliti keperluan LinkedIn mohon lesen operasi

ByAmirah Shawel

PUTRAJAYA, 8 Jan: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan meneliti keperluan bagi LinkedIn untuk memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata platform berfokus perniagaan dan pekerjaan itu perlu memohon sekiranya jumlah pengguna di Malaysia melebihi lapan juta orang.

“Sekiranya mereka juga ditakrifkan sebagai media sosial, maka mungkin kita akan berhubung dengan pihak LinkedIn nanti,” katanya pada sidang media di Kementerian Komunikasi di sini, hari ini.

Sementara itu, Fahmi berkata setakat 5 petang semalam, antara penyedia perkhidmatan yang telah mendapatkan lesen adalah Tencent (WeChat), Tiktok dan Telegram.

Jelas beliau, syarikat Meta telah menghantar beberapa dokumen bagi membuat pengesahan tentang perkara dibangkitkan MCMC.

“Meta tidak lama lagi. Lagi dua, Google yang mengusahakan Youtube dan ‘X’ masih dalam perbincangan dengan MCMC,” katanya.

Sementara itu Fahmi memaklumkan, SKMM juga akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada Meta berkaitan penggantian sistem penyemak fakta kepada nota komuniti.

Jelas beliau, setakat ini Meta belum memaklumkan penambahbaikan itu kepada kementerian atau SKMM.

“Meta juga tidak menjalinkan sebarang urusan perniagaan dengan mana-mana syarikat atau badan berkaitan penyemakan fakta bebas di Malaysia setakat ini.

“Setakat ini saya tidak melihat ia akan datangkan apa-apa kesan kepada pasaran Malaysia, (penambahbaikan) lebih kepada (kandungan) Amerika Syarikat,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan