Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah (tiga dari kiri) menyampaikan replika Kenyalang Gold Card (KGC) kepada wakil penerima iaitu Pemilik Bersama Syarikat Jasmin Jawahar Sdn Bhd, Hidayatulla Basher (dua dari kanan). Foto Awang Azmil (TVS)

SCHB: Klinik, hospital swasta diingat lebih teliti rujuk kad pengenalan pesakit bagi elak kesilapan

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 8 Jan: Pihak klinik dan hospital swasta yang menjadi panel bagi Skim Faedah Kesihatan Warga Emas (SCHB) Sarawak diingatkan agar merujuk nombor kad pengenalan pesakit dalam urusan menebus skim berkenaan bagi mengelak kesilapan tuntutan para pesakit.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata sebelum ini pihaknya telah membetulkan baki akaun pesakit berjumlah RM500  yang terkesan oleh kesilapan berkenaan yang berpunca disebabkan dua pesakit memiliki nama yang sama.

“Sebenarnya kad pengenalan adalah medium terbaik kerana itulah pengesahannya. Tidak ada orang yang mempunyai dua nombor kad pengenalan yang sama. Asalkan lihat nama dan kad pengenalan, jadi tidak akan berlaku kesilapan. Jadi isunya, perlu teliti.

“Dalam sistem itu memang sudah ada nama dan nombor kad pengenalan sekali. Jadi kalau nama dan nombor kad pengenalan tidak sama, maknanya bukan orang itu.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi mengingatkan semua vendor kami, klinik kesihatan ataupun hospital swasta yang menjadi panel kepada bantuan kesihatan untuk warga emas ini, tolong jadi lebih teliti supaya tiada kesilapan berlaku, tiada kesilapan yang sama berulang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja rakan strategik Kenyalang Gold Card (KGC) di Syarikat Jasmin Jawahar di India Street Kuching hari ini.

Disember lalu, terdapat aduan yang dibuat oleh pesakit terbabit yang kehabisan RM500 bantuan menerusi KGC dan menggesa agar sistem itu ditambah baik bagi mengelak lebih ramai warga emas tercicir bantuan tanpa sedar.

Untuk rekod, kerajaan Sarawak menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti memperkenalkan inisiatif tahunan SCHB RM500 seorang bermula Julai 2024 bagi memanfaatkan lebih 90,000 warga emas.

Selain meringankan beban golongan B40 dan M40, ia juga bagi mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dengan penyertaan 88 panel klinik swasta seluruh negeri.

Setakat ini terdapat seramai 357,867 pemegang KGC dan 1,035 rakan strategik KGC di seluruh Sarawak.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan