Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rizab antarabangsa Malaysia meningkat tahun ke tahun kepada US$116.2 bilion (US$1=RM4.48) pada 31 Dis 2024 daripada US$113.5 bilion pada 29 Dis 2023, menurut Bank Negara Malaysia (BNM). Foto fail Faitullah Morni (TVS)

Rizab antarabangsa BNM berjumlah US$116.2 bilion pada akhir 2024

ByBernama

KUALA LUMPUR, 8 Jan: Rizab antarabangsa Malaysia meningkat tahun ke tahun kepada US$116.2 bilion (US$1=RM4.48) pada 31 Dis 2024 daripada US$113.5 bilion pada 29 Dis 2023, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Rizab antarabangsa bank pusat berjumlah US$118.1 bilion pada 13 Dis 2024.

Paras rizab ini telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing, menurut BNM dalam kenyataan hari ini.

Katanya paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.0 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab tersebut merangkumi rizab mata wang asing (US$103.7 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.2 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.7 bilion), emas (US$3.3 bilion) dan aset rizab lain (US$2.3 bilion).

Jumlah aset sebanyak RM621.56 bilion terdiri daripada emas dan pertukaran asing serta rizab lain termasuk SDR (RM520.16 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.81 billion), pinjaman dan pendahuluan (RM26.31 bilion), tanah dan bangunan (RM4.60 bilion) dan aset lain (RM57.69 bilion).

Menurut bank pusat, jumlah modal dan liabiliti berjumlah RM621.56 bilion terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM189.98 bilion), mata wang dalam edaran (RM170.76 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM131.92 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM5.23 bilion), deposit lain (RM79.87 bilion), kertas Bank Negara (RM12.43 bilion), peruntukan SDR (RM28.18 bilion) dan liabiliti lain (RM3.08 bilion). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan