Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang di Sungai Pelek di sini sejak Ahad lepas, ditemukan selamat di Melaka. Foto Polis Sepang

Remaja hilang sejak Ahad ditemukan selamat di Melaka

ByBernama

SEPANG, 8 Jan: Remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang di Sungai Pelek di sini sejak Ahad lepas, ditemukan selamat di Melaka.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman menerusi kenyataan hari ini berkata remaja itu ditemukan di rumah kawannya pada 6 pagi tadi.

“Remaja itu dijumpai oleh orang awam yang mendapat maklumat daripada kenyataan media polis berhubung kehilangannya.

“Dia diserahkan kepada polis sebelum dikembalikan kepada ibu bapanya,” katanya.

Beliau berterima kasih atas kerjasama dan maklumat yang disalurkan sehingga remaja itu ditemukan.

Semalam, media melaporkan polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan remaja itu susulan laporan polis dibuat bapanya sehari selepas kehilangannya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan