Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kenyataan itu dibuat oleh seorang daripada peguam Yoon, Yun Gap-keun, ketika presiden yang didakwa itu berdepan percubaan kedua untuk ditahan, selepas percubaan pertama minggu lalu gagal akibat kebuntuan selama beberapa jam antara penyiasat dan anggota perkhidmatan keselamatan presiden. Foto fail AFP

Presiden Yoon akan hadir perbicaraan jika didakwa atau waran tangkap dikeluarkan

ByBernama

SEOUL, 8 Jan: Seorang peguam kepada Presiden Yoon Suk Yeol pada Rabu berkata presiden itu bersedia menghadiri perbicaraan sekiranya beliau didakwa atau waran tangkap dikeluarkan, sehari selepas mahkamah melanjutkan tempoh waran untuk menahan Yoon susulan pelaksanaan undang-undang tentera yang singkat, lapor agensi berita Yonhap.

Kenyataan itu dibuat oleh seorang daripada peguam Yoon, Yun Gap-keun, ketika presiden yang didakwa itu berdepan percubaan kedua untuk ditahan, selepas percubaan pertama minggu lalu gagal akibat kebuntuan selama beberapa jam antara penyiasat dan anggota perkhidmatan keselamatan presiden.

Menurut peguam, presiden yang didakwa itu tiada masalah untuk mematuhi prosedur undang-undang sekiranya Pejabat Penyiasatan Rasuah bagi Pegawai Kanan (CIO) memohon waran tangkap terhadap Yoon dan mahkamah meluluskan waran tersebut.

Bagaimanapun, Yun menegaskan yang pasukan pembela Yoon masih enggan mematuhi siasatan berdasarkan apa yang disifatkan sebagai waran “tidak sah” untuk menahan presiden itu.

“Apa yang jelas ialah jika Pejabat Penyiasatan Rasuah bagi Pegawai Kanan mengemukakan (waran) kepada Mahkamah Daerah Barat Seoul, yang berada di luar bidang kuasa, kami tidak dapat menerimanya,” kata Yun, sambil menegaskan bidang kuasa berhubung tuduhan terhadap Yoon terletak pada Mahkamah Daerah Pusat Seoul.

CIO yang mengendalikan kes undang-undang tentera Yoon, cuba melaksanakan waran untuk menahan beliau dan menggeledah kediaman presiden Jumaat lalu, tetapi menarik balik pegawainya selepas enam jam dihalang masuk oleh anggota perkhidmatan keselamatan presiden.

Mahkamah Daerah Barat Seoul meluluskan tempoh lanjutan yang diminta oleh penyiasat CIO selepas waran awal yang dikeluarkan tamat tempoh pada Isnin.

Pasukan pembelaan presiden turut menolak spekulasi Yoon melarikan diri dari kediaman presiden dengan menyatakan peguam beliau bertemu dengannya malam tadi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan