Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tangkapan dan rampasan berkaitan minyak diesel di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dalam operasi Op Taring Kontraban. Foto PDRM Miri

Polis Marin rampas minyak diesel seludup RM78,000 dalam Op Taring Kontraban

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 8 Jan: Unit Risikan Marin (URM) Markas Taktikal Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Miri berjaya membuat tangkapan dan rampasan minyak diesel seludup dianggarkan bernilai RM78,800 dalam operasi Op Taring Kontraban pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu berkata, seorang pegawai bersama empat anggota URM telah menahan dan memeriksa sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux berwarna putih di tepi jalan Lutong-Kuala Baram, Miri.

“Pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut mendapati ia membawa muatan yang disyaki minyak diesel dipercayai melanggar Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Hasil rampasan termasuk sebuah Toyota Hilux bernilai anggaran RM75,000 dan minyak diesel bernilai RM3,800 menjadikan jumlah keseluruhan nilai rampasan sebanyak RM78,800,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semua barangan rampasan dan individu yang ditahan diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk siasatan lanjut dan tindakan susulan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan