Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Penternakan udang Sarawak pacu ekonomi, jana eksport RM27 juta setahun

ByConnie Grace

LUNDU, 8 Jan: Sarawak kini melangkah ke hadapan dalam industri akuakultur melalui pelaksanaan projek penternakan udang berskala besar yang memanfaatkan teknologi moden dan pendekatan mampan.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD), Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, projek ini dijangka menjana eksport bernilai RM27 juta setiap tahun dengan pengeluaran lebih daripada 1,300 tan metrik udang.

“Langkah ini menjadi bukti bahawa penternakan udang bukan hanya berpotensi menjadi penjana ekonomi tetapi juga sebahagian daripada strategi kerajaan dalam memastikan kelestarian sumber dan kemakmuran negara.

“Projek yang dibangunkan dengan kerjasama antara Syarikat Seahorse dan Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) ini mematuhi piawaian Environmental, Social and Governance (ESD) untuk memastikan produk memenuhi standard pasaran global seperti Singapura dan Eropah,” katanya kepada media pada Program Penuaian Udang di Loba Stoh Rambungan di sini, pada Rabu.

Menurut Rundi lagi, pematuhan kepada piawaian ESD ini penting untuk memastikan produk tempatan memenuhi keperluan pasaran global, sekali gus memberikan kelebihan kepada Malaysia sebagai pengeksport utama udang berkualiti tinggi.

Untuk rekod, sebanyak 94 kolam penternakan baharu dirancang untuk dibina tahun hadapan di kawasan sama bertujuan meningkatkan pengeluaran udang berkualiti tinggi, baik untuk pasaran domestik mahupun eksport. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan