Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata inisiatif penggunaan teknologi terkini dan pendekatan kelestarian dalam operasi harian mampu meningkatkan produktiviti pengeluaran udang. Foto Connie Grace (TVS)

Peningkatan produktiviti udang melalui inovasi dan kelestarian

ByConnie Grace

LUNDU, 8 Jan: Projek Akuakultur Udang Lestari Rambungan sedang melakar langkah besar dalam meningkatkan produktiviti udang, dengan sasaran pengeluaran sebanyak 1,349 metrik tan setahun menjelang 2031.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata inisiatif ini memberi tumpuan kepada penggunaan teknologi terkini dan pendekatan kelestarian dalam operasi harian.

“Dengan penggunaan sistem pertanian pintar yang menyediakan pemantauan masa nyata dan analisis ramalan, projek ini mampu mengoptimumkan proses pembesaran udang serta mengekalkan kualiti air secara konsisten untuk mengurangkan risiko penyakit,” katanya pada Program Penuaian Udang di Loba Stoh Rambungan, Lundu, pada Rabu.

Dalam masa yang sama, Rundi menambah bahawa projek ini turut memperkenalkan Sistem Akuakultur Bersirkulasi Ulang (RAS) yang cekap dan mesra alam, membolehkan air digunakan semula tanpa menyebabkan pencemaran kepada alam sekitar.

Beliau juga menjelaskan bahawa teknologi canggih seperti biofiltrasi rumpai laut, rawatan elektrokimia dan penyaring protein telah digunakan untuk mengurus dan meningkatkan kualiti air dengan lebih berkesan.

Dalam perkembangan berkaitan, Rundi memaklumkan bahawa projek Rambungan turut melibatkan komuniti setempat dalam penanaman rumpai laut Janggut Duyung yang bertindak sebagai biofilter semula jadi, selain membantu menyerap karbon dioksida (CO2) dari atmosfera.

Menurut beliau, pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan produktiviti tetapi juga menyokong usaha pemuliharaan ekosistem serta mengurangkan kesan negatif akuakultur terhadap alam sekitar.

“Oleh itu, melalui kombinasi inovasi dan kelestarian, Projek Rambungan diharapkan dapat menjadi contoh inspirasi kepada inisiatif akuakultur lain di Sarawak dan peringkat global, sekali gus mewujudkan model yang mampan dan produktif dalam industri perikanan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan