Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bintang hip hop berbakat, Amir Hasan kembali mencuri perhatian dengan single terbaharunya berjudul Pelangi.

Pelangi simbol evolusi kreatif kerjaya Amir Hasan

ByTiana Azni

KUCHING, 8 Jan: Bintang hip hop berbakat, Amir Hasan kembali mencuri perhatian dengan single terbaharunya berjudul Pelangi.

Lagu berkenaan turut dipilih sebagai runut bunyi rasmi (OST) drama bersiri TV3, Cikgu Diva.

Selepas kejayaan lagu Manis yang dilancarkan dua bulan lepas, Amir membuktikan kreativiti dan dedikasinya dalam arena seni tempatan apabila aktif menghasilkan karya muzik.

Menurut penyanyi berusia 28 tahun ini, Pelangi terhasil berdasarkan pengalaman peribadi dan imaginasi untuk menceritakan kisah cinta remaja yang penuh makna.

Terhasil daripada kolaborasi bersama produser Madebyartin dan penulis lirik SHR, lagu berkenaan mempuyai unsur gabungan R&B, pop, dan rap ini segar dan sesuai dengan citarasa pendengar moden.  

“Setiap lagu adalah refleksi perjalanan saya. Sudah pasti saya mahu pendengar merasai perkembangan ini,” tambahnya dipetik menerusi kenyataan media sempena pelancaran single berkenaan.

Pada awal kerjayanya, Amir dikenali sebagai artis yang sentiasa bereksperimen dengan pelbagai bunyi dan genre.

Kini Pelangi hadir sebagai simbol evolusi kreatif dalam kariernya.

Sementara itu Amir turut bersedia melancarkan album studio pertamanya pada tahun ini yang menampilkan pelbagai sisi dirinya sebagai seorang artis.

“Saya tak sabar untuk kongsikan album ini dengan semua peminat,” ujarnya penuh keyakinan.  

Single Pelangi kini boleh distrim di semua platform utama dan bagi pemerhari muzik, karya terbaharu ini akan terus nama melonjakkan namanya sebagai bintang yang kian bersinar. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan