Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fahmi bercakap dalam sidang media di Kementerian Komunikasi hari ini. Foto, Amiruddin (TVS).

Malaysia, Mesir bincang penghantaran pulang warga Palestin

ByAmirah Shawel

PUTRAJAYA, 8 Jan: Kerajaan Malaysia sedang berbincang dengan Mesir bagi urusan penghantaran pulang warga Palestin yang dirawat di sini sebelum ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata perkara itu sedang diuruskan oleh Kementerian Luar serta Kementerian Pertahanan dan telah dimaklumkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

“(Pada masa sama) kerajaan akan terus menyedia serta memberikan rawatan perubatan kepada warga Palestin yang memerlukan.

“Kerajaan memandang serius soal kebajikan mereka yang telah dibawa untuk tujuan perubatan di negara kita,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mengulas mengenai tempoh penghantaran pulang, Fahmi menjelaskan perkara itu akan diperinci oleh kedua-dua kementerian berkenaan.

ATM sahkan insiden kekecohan di Wisma Transit libatkan warga Palestin

Pada Sabtu lalu, tular insiden kekecohan melibatkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) yang dikatakan berpunca daripada keinginan mereka untuk mempercepatkan proses kembali ke Palestin.

Pada Oktober lepas, sekumpulan rakyat Palestin yang mendapat rawatan dan ditempatkan di situ turut menimbulkan kekecohan sehingga mengundang permohonan maaf Duta Palestin di Malaysia, Walid Abu Ali. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan