Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah bersama Majlis Tertinggi Wanita PBB yang bermesyuarat bagi membincangkan persiapan menjelang Perhimpunan Agung PBB di Kuching pada Selasa.

Majlis Tertinggi Wanita PBB menyokong sepenuhnya kepimpinan Premier Sarawak

ByAsmah Adenan

KUCHING, 8 Jan: Majlis Tertinggi Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut kenyataan dikeluarkan majlis itu hari ini, sokongan padu itu diberikan dalam usaha merealisasikan visi pembangunan negeri yang inklusif, progresif dan berteraskan kesejahteraan rakyat.

“Wanita PBB terus berdiri teguh di belakang Premier Sarawak dalam memainkan peranan yang signifikan dalam pembangunan sosial, ekonomi dan politik negeri dalam menjayakan aspirasi Sarawak menuju masa depan yang lebih gemilang,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu adalah susulan mesyuarat Majlis Tertinggi Pergerakan Wanita PBB yang dipengerusikan ketuanya, Dato Sri Fatimah Abdullah pada Selasa.

Mesyuarat itu membincangkan tentang persiapan dan pembabitan pergerakan wanita menjelang Perhimpunan Agung PBB.

Sehubungan itu, Perhimpunan Agung PBB Ke-16 akan diadakan selama tiga hari bermula 14 hingga 16 Februari 2025 bertemakan “PBB Tonggak kepada Kestabilan, Kemajuan dan Kelestarian” yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Dalam pada itu, Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita PBB akan berlangsung selama satu hari iaitu pada 14 Februari 2025.

“Majlis Perasmian Pergerakan Wanita dan Pemuda PBB akan diadakan pada hari yang sama dan akan disempurnakan oleh Premier Sarawak,” kata kenyataan itu.

Majlis Tertinggi Pergerakan Wanita PBB dalam kenyataan yang sama memaklumkan bahawa Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Cawangan-cawangan PBB diadakan pada Januari 2025 di empat zon yang akan disempurnakan oleh Abang Johari yang juga Presiden PBB.

Mesyuarat Zon Tengah diadakan pada 11 Januari di Stadium Tertutup Sibu, Zon Utara (18 Januari) di Hotel Pullman Miri, Zon Selatan (19 Januari) di BCCK dan Zon Betong (25 Januari) di Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong.

“Majlis Tertinggi Wanita PBB sedang giat membuat persiapan bagi memastikan kelancaran dan kejayaan Perhimpunan Agung di peringkat negeri,” katanya.

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan