Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kenderaan daripada perkhidmatan keselamatan Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol menyekat pintu masuk di kediaman presiden di Seoul pada 3 Januari 2025. Foto AFP

Mahkamah Korea Selatan lanjutkan waran untuk tahan Yoon

ByBernama

SEOUL, 8 Jan: Sebuah mahkamah di Korea Selatan pada Selasa meluluskan lanjutan waran penahanan terhadap Presiden Yoon Suk Yeol yang berhadapan proses pendakwaan susulan tindakan singkat beliau menguatkuasakan undang-undang tentera, lapor Agensi Berita Yonhap.

Mahkamah Daerah Barat Seoul meluluskan lanjutan itu atas permintaan penyiasat dari Pejabat Penyiasatan Rasuah untuk Pegawai Kanan (CIO) selepas waran asal tamat pada Isnin, menurut pegawai.

Cubaan CIO untuk melaksanakan waran berkenaan Jumaat lepas gagal selepas kakitangan keselamatan presiden menghalang penyiasat daripada memasuki kediaman rasmi Yoon di pusat bandar Seoul.

Walaupun penyiasat tidak mendedahkan tempoh lanjutan waran, dipercayai ia melebihi tempoh biasa tujuh hari, memandangkan cabaran yang dijangka dalam menahan Yoon.

CIO memohon waran awal pada 30 Dis lepas, mendakwa Yoon terlibat sebagai dalang pemberontakan dan penyalahgunaan kuasa.

Sehari kemudian, mahkamah sama meluluskan waran itu, menjadikannya kali pertama dalam sejarah waran penahanan dikeluarkan terhadap seorang presiden yang masih berkhidmat.

Dengan lanjutan ini, CIO dijangka membuat percubaan baharu untuk menguatkuasakan waran penahanan terhadap Yoon dalam masa terdekat.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan