Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) memulakan analisis perakam data penerbangan (FDR) pesawat Jeju Air, manakala pasukan penyiasat bersama kedua-dua negara mempercepatkan siasatan terhadap komponen-komponen utama daripada serpihan pesawat termasuk enjin dan sayap utama di lokasi kejadian. Foto AFP

Korea Selatan, AS mulakan analisis kotak hitam pesawat Jeju Air

ByBernama

SEOUL, 8 Jan: Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) memulakan analisis perakam data penerbangan (FDR) pesawat Jeju Air, manakala pasukan penyiasat bersama kedua-dua negara mempercepatkan siasatan terhadap komponen-komponen utama daripada serpihan pesawat termasuk enjin dan sayap utama di lokasi kejadian, kata seorang pegawai kerajaan tertinggi di sini pada Rabu.

Agensi Berita Yonhap melaporkan bahawa Menteri Dalam Negeri sementara, Ko Ki dong mengeluarkan kenyataan itu pada mesyuarat Pusat Tindakan Bencana dan Keselamatan Negara, sambil berjanji untuk menjalankan siasatan dengan adil dan mengikut piawaian antarabangsa serta undang-undang yang berkaitan.

“Siasatan ini akan dijalankan oleh pakar tempatan dan antarabangsa, dan proses serta hasilnya akan didedahkan,” kata Ko.

Kedua-dua negara menubuhkan pasukan penyiasat bersama yang terdiri daripada 23 anggota, termasuk pakar-pakar dari Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) AS untuk menyiasat punca kemalangan yang meragut 179 nyawa di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, di barat daya Korea Selatan pada 29 Dis.

Awal minggu ini, FDR pesawat telah dihantar ke AS untuk dianalisis. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan